Tuan-puan penduduk Changkat Tin, dijemput menghadiri program Ehyak Ramadhan. Antara aktivitinya:
Solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran, program qiyamulail dan kuliah subuh.
Tempat: Masjid Al-Falahiah
Tarikh: 16 Ogos 2011 (selasa)
Aktiviti: Qiyamulail Perdana
Masa: 4.00 Pagi.
Sunday, August 14, 2011
Wednesday, August 3, 2011
Tazkirah Ramadhan
DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH
"Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal
kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan.
Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika
Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu
recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta
Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di
bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000
mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di
samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar.
Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang
rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang.
Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan
kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi
kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan
pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di
Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan
setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut.
Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.
Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa
di bulan Ramadhan.
MORAL & IKTIBAR
o Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada
pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak
Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa
diberikan balasan tanpa had
o Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah
satu amalan yang terpuji
o Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah
teristimewa dalam Lailatul-Qadr
o Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus
o Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan
dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling
canggih.
o Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang
betul sepanjang Ramadhan ini.
"
Subscribe to:
Posts (Atom)