Sunday, August 14, 2011

Jemputan Program Ehyak Ramadhan

Tuan-puan penduduk Changkat Tin, dijemput menghadiri program Ehyak Ramadhan. Antara aktivitinya:
Solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran, program qiyamulail  dan kuliah subuh.

Tempat: Masjid Al-Falahiah
Tarikh: 16 Ogos 2011 (selasa)
Aktiviti: Qiyamulail Perdana
Masa: 4.00 Pagi.

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadhan

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH

"Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras  yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal
kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan.
Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika
Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu
recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta
Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di
bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000
mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di
samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar.
Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang
rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang.
Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan
kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.
Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi
kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan
pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di
Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan
setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut.
Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.
Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa
di bulan Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR
o Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada
pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak
Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa
diberikan balasan tanpa had
o Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah
satu amalan yang terpuji
o Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah
teristimewa dalam Lailatul-Qadr
o Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus
o Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan
dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling
canggih.
o Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang
betul sepanjang Ramadhan ini.
"

Thursday, March 3, 2011

Pegawai Masjid Al-Falahiah Yang Bertugas

Pegawai Masjid Al-Falahiah Yang Bertugas

IMAM
Tn. Hj. Mohd Ali B. Hj Mohd Diah
Tn. Hj Zamberi B. Talib
En. Supian B. Abd. Malik

MUAZZIN
Tn. Hj. Abd. Hamid B. Omar
Tn. Hj. naemat B. Usup
En. Mahadi B. Mat Rais

SIAK
En. Ismail B. Hanif
Tn. Hj. Mat Zain B. Yusup

AJK Masjid Al-Falahiah Kg. Changkat Tin

AHLI  JAWATANKUASA MASJID AL-FALAHIAH

En. Zahari Bin Abdul Hamid
Pengerusi Masjid Al-Falahiah

En. Yusuf B. Imam Mujahit
Timbalan Pengerusi

En. Hamzah B. Ibrahim
Setiausaha

En. Effendydeen B. Zainal Abidin
Naib Setiausaha

En. Nordin B. Mat Dum
Bendahari

En. Sharifuddin B. Shahbudin
Biro Pembangunan & Penyelenggaraan

En. Shamsuri B. Mat Zin
Biro Kebajikan & Masyarakat

Tn. Hj. Zulkipully B. Sarudin
Biro Pendidikan & Pembangunan Ummah

En. Ahmad Basiri B. Hj. Atan @ Hj. Zakaria
Biro Ekonomi & Wakaf

Pn. Hjh. Rosminah Bt. Jamil
Biro Wanita & Pembangunan Keluarga

En. Nordin B. Mat Dum
Biro Belia

En. Effendydeen B. Zainal Abidin
Biro Keselamatan



Monday, February 14, 2011

JEMPUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL-FALAHIAH

Program: MAJLIS MAULIDUR RASUL
Tempat: MASJID AL-FALAHIAH KG. CHANGKAT TIN
Tarikh : 26 Februari 2011 (SABTU)
Masa: 9.00 Pagi
Penceramah Jemputan: Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir....

Sunday, February 13, 2011

Masjid Al-Falahiah Bergerak Maju

Masjid Al-Falahiah terletak di Kampung Changkat Tin di mukim Tanjung Tualang merupakan satu-satunya masjid di Kampung Changkat Tin ini. Lokasi yang menarik dan strategriik memudahkan lagi pengunjung singgah untuk mengimarah melakukan ibadah. Atas aniasiatif AJK Masjid Al-Falahiah maka dari  masa ke semasa suasana masjid ini diperindahkan lagi disamping memperbanyakkan lagi majlis-majlis ilmu secara berkala.

Ruang Serambi masjid yang selesa untuk muzakarah

Kemudahan ruang garaj kenderaan turut disediakan

Pondok wakaf untuk bersantai turut disediakan


Kerja gotong-royong yang dijalankan oleh AJK Masjid Al-Falahiah

Projek keceriaan masjid sentiasa dilaksanakan

Teraju utama Masjid Al-Falahiah

AJK Masjid Al-Falahiah sedang bermesyuarat


Suasana di bilik pemikir Masjid Al-Falahiah
Panorama Masjid Al-Falahiah